Select your language

Persatuan Kebajikan Dan Sukan Jabatan Perhutanan Negeri Perak (PERKSPER)

PERMOHONAN SUMBANGAN KEBAJIKAN DI BAWAH PERSATUAN KEBAJIKAN DAN SUKAN JABATAN PERHUTANAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN (PERKSPER)

Untuk makluman Tuan/Puan, Mesyuarat Jawatankuasa Besar PERKSPER Sesi 2012/2013 Bil. 1/2012 pada 21 November 2012 telah memutuskan jenis dan kadar sumbangan kepada ahli persatuan seperti berikut:

BIL

JENIS SUMBANGAN

KADAR (RM)

2.1

Khairat Kematian

200

2.2

Bersara

150

2.3

Penyakit Kronik/Musibah

100

2.4

Perkahwinan

150

2.5

Peperiksaan

(i) UPSR @ yang setara dengannya

(keputusan 5A)

(ii) PMR @ yang setara dengannya

(keputusan 8A)

(iii) SPM @ yang setara dengannya

(keputusan 8A)

(iv) STPM @ yang setara dengannya

(keputusan 3.5 dan ke atas)

100

150

200

200

Tarikh mula kuatkuasa bagi sumbangan tersebut ialah 1 JANUARI 2012. Semua permohonan sumbangan hendaklah dilakukan mengikut prosedur seperti berikut:

  1. Pemohon melengkapkan Borang Permohonan Sumbangan Kebajikan seperti di lampiran (beserta salinan dokumen sokongan yang telah disahkan);
  2. Mendapatkan pengesahan Ketua Unit/Jabatan di ruangan “AJK Bahagian’;
  3. Mengemukakan borang yang lengkap diisi kepada Ketua Biro Kebajikan dan Sosial iaitu En. Mohd Asri bin Yussof (Pegawai Hutan Daerah Hulu Perak) untuk semakan dan rekod; dan
  4. Ketua Biro Kebajikan dan Sosial kemukakan permohonan yang diluluskan kepada Bendahari bagi tujuan bayaran.