Pilih bahasa anda

     

Pilih bahasa anda

Fauna

Pengenalan

Malaysia merupakan salah satu Negara yang mempunyai kepelbagaian biologi atau sumber biodiversity yang tinggi di dunia. Perkara ini turut dijelaskan dengan jumlah spesies yang direkodkan di Malaysia. Untuk flora, sehingga kini direkodkan bahawa terdapat 17 631 spesies tumbuhan yang merangkumi 377 alga, 1387 briofit, 1600 paku-pakis, 61 gimnosperm, 4180 monokot dan 10 026 dikot. Manakala untuk fauna pula, terdapat 9563 spesies yang meliputi 480 mamalia, 742 burung, 242 amfibia, 567 reptilia, 590 ikan air tawar, 1967 kupu-kupu dan 1073 kumbang daun.


Skop Perlindungan Hidupan Liar


Melalui Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] menyatakan bahawa :

  1. Spesies dilindungi ialah mamalia, burung, reptilia, amfibia, avifauna dan serangga;
  2. Perlindungan turut meliputi mana-mana bahagian atau terbitan hidupan liar yang dilindungi atau dakwaan pada label atau tanda yang mengandungi bahagian atau terbitan hidupan liar;
  3. Kawalan terhadap operasi zoo, pembiak bakaan dalam kurungan, sarkas, pameran hidupan liar atau penyelidikan;
  4. Hidupan liar yang dikeluarkan lesen, permit atau permit khas hendaklah ditandakan;
  5. Larangan terhadap aktiviti penghibridan [kacukan] hidupan liar;
  6. Hukuman denda yang tinggi dan penjara mandatori.


Hidupan Liar Yang Dilindungi Sepenuhnya

1.
Tiada lesen dikeluarkan untuk hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya yang tersenarai di bawah Jadual Kedua, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]. Hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya adalah:

    • Harimau Belang 
    • Gajah
    • Beruang
    • Seladang
    • Tapir
    • Kambing Gurun
    • Kucing Batu dan lain-lain

 

 

2. Berikut adalah senarai spesies fauna yang mempunyai kaitan dengan negeri Perak. Fauna ini mungkin mula direkodkan di Negeri Perak seperti Amolops larutensis di Bukit Larut atau spesies endemik bagi hutan simpan tersebut seperti Sphenomorphus temengorensis yang endemic di Hutan Simpan Temengor. 

Nama fauna yang berkaitan dengan Negeri Perak

No

Order

Famili

Nama Saintifik

Nama Inggeris

1

Rodentia

Muridae

Niviventer cameroni

Cameron Highlands White-bellied Rat

2

Squamata Sauria

Agamidae

Acanthosaura bintangensis

Bukit Larut Mountain Horned Dragon

3

Squamata Sauria

Agamidae

Pseudocalotes larutensis

Bukit Larut Long-headed Lizard

4

Squamata Sauria

Gekkonidae

Cnemaspis pseudomcguirei

Bukit Larut Rock Gecko

5

Squamata Sauria

Gekkonidae

Cyrtodactylus bintangrendah

Bintang Lowland Bent-toed Gecko

6

Squamata Sauria

Gekkonidae

Cyrtodactylus bintangtinggi

Bintang Highland Bent-toed Gecko

7

Squamata Sauria

Gekkonidae

Hemiphyllodactylus harterti

Bintang Slender Gecko

8

Squamata Sauria

Gekkonidae

Hemiphyllodactylus larutensis

Larut Dwarf Gecko

9

Squamata Sauria

Scincidae

Larutia larutensis

Bukit Larut Limbless Skink

10

Squamata Sauria

Scincidae

Sphenomorphus temengorensis

Temengor Forest Skink

11

Squamata Sauria

Gekkonidae

Cyrtodactylus guakanthanensis

Gua Kanthan Bent-toed Gecko

12

Squamata Sauria

Gekkonidae

Cyrtodactylus timur

Banjaran Timur Bent-toed Gecko

13

Anura

Microhylidae

Microhyla annectens

Larut Hills Rice Frog

14

Anura

Ranidae

Amolops larutensis

Larut Torrent Frog